Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja kita semua sudah memasuki tahun 2014. Namun, tahun ini juga merupakan sebuah lembaran baru buat Fara Fauzana yang baru sahaja menginjak 34 tahun pada 7 Februari lepas.
Seiring dengan pertambahan usianya itu, penyampai radio popular Hot FM berkenaan telah mengadakan sebuah majlis kesyukuran dan doa selamat di hari lahirnya tempoh hari.
Majlis yang dihadiri oleh kaum keluarga, sahabat handai dan para peminat itu telah berlangsung dengan cukup sempurna hingga membuatkan Fara mengalirkan air mata sebak.
Menerusi foto-foto yang dikongsikannya di Instagram, Fara atau lebih mesra dikenali sebagai Fafau itu menyimpan azam untuk menjadi muslimah yang lebih baik di masa hadapan.
Malah Fafau juga berharap agar segala kesilapannya dapat ditegur memandangkan dirinya masih lagi belajar untuk ke arah kebaikan.
Yang menimbulkan tanda tanya pada kami ialah, adakah calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 untuk kategori Penyampai Radio Wanita ini sudah bersedia untuk berhijrah sepenuhnya?
Bagaimanapun, pada hari yang sama juga Nana Mahazan telah merancang kejutan untuk meraikan ulangtahun kelahiran Fafau secara tanpa pengetahuannya.
Walaupun hanya dihadiri oleh beberapa orang rakan karib Nana dan Fafau, namun makan malam sempena sambutan hari lahir selebriti itu dilihat turut disambut dengan penuh meriah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan