“Ini betul-betul samseng punya olang (orang),” demikianlah kata-kata seorang lelaki dalam video satu kemalangan melibatkan dua buah kereta di sebatang jalan.
Kejadian berlaku di negara ini tetapi tidak dapat pastikan lokasi sebenarnya terjadi.
Video selama 1:56 minit dimuatnaik di Facebook page Taiping Zone.
Pada awal rakaman, tiba-tiba datang dari arah kiri sebuah kereta Proton Saga melanggar sisi kiri kereta mangsa sehingga cermin sisinya patah.
Kedua-dua kereta berhenti dan tiba-tiba pemandu dari kereta Proton itu tadi bertindak menyerang mangsa yang dilanggar dengan mencekik lehernya.
Mangsa bernasib baik kerana kebetulan seorang penunggang motosikal berhenti dan cuba menyuraikan kedua-dua pemandu berkenaan.
Biarpun ditegah dan dihalang oleh penunggang motorsikal terbabit, pemandu Proton Saga sempat memukul mangsa di kepala.
Ekoran dari tindakan pemandu tersebut mengasari mangsa terlebih dahulu, mangsa akan membuat laporan polis atas dakwaan memukul dan menyerangnya.
Motif pergaduhan tidak dapat dikenalpasti. Pastinya ada kejadian terdahulu yang menyebabkan insiden ini berlaku kerana rakaman di kamera telefon bimbit bermula ia merakamkan bahagian kiri kereta itu seperti menunggu sesuatu bakal berlaku kemungkinan daripada orang yang sama.
Walauapapun, tindakan pemandu Proton Saga itu tidak sepatutnya dilakukan kerana ia sudah jelas merupakan satu perkara jenayah kerana menyerang dan memukul mangsa itu. – MyNewsHub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan