NAMPAKNYA, bukan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sahaja yang sibuk membuat persediaan perkahwinan Mac depan, tetapi juga komposer Julfekar dan pasangannya Min Yasmin.
Biar pun belum memberitahu tarikh sebenar, kedua-duanya dilihat sudah mengadakan sesi ‘fitting’ busana pengantin.
Gambar tersebut dimuatnaik oleh Min melalui akaun Instagramnya baru-baru ini.
Biar pun kedua-dua mempunyai jarak usia kira-kira 15 tahun, ia tidak menghalang Julfekar dan Min untuk terus menjalinkan hubungan sejak tahun 2009.
Julfekar yang merupakan seorang duda sudah pun mempunyai cucu.
Apa pun, kami doakan segala urusan mereka dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin dan kekal hingga ke akhir hayat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan