PETALING JAYA : Mahu keluar sahur bersama menjadi
alasan kepada sepasang kekasih bagi mengelak daripada dicekup dalam
operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa, Pemuda Masjid Nurul Ehsan serta
polis di sebuah hotel bajet di Taman Medan, malam kelmarin.
Pasangan kekasih masing-masing berusia 30 dan 28 tahun itu yang
merupakan rakan sekerja itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka
duduk berdua-duaan di dalam bilik tanpa ikatan sah.
Terdahulu anggota masjid terpaksa menunggu hampir 20 minit sebelum pintu bilik dibuka.
Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku menginap di hotel itu jika ada waktu terluang terutama selepas tamat waktu bekerja.
Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi
dilakukan berdasarkan maklumat orang ramai yang kurang senang apabila
mendapati hotel itu dijadikan lokasi untuk melampiaskan nafsu dan
mencemar kesucian Ramadan.
“Operasi ini yang kedua dilakukan di hotel ini berikutan ia menjadi
tumpuan pasangan kekasih terutama pada waktu malam,” katanya.
Menurutnya, pihak masjid akan membuat pemantauan di hotel bagi mengelak ia terus menjadi pusat maksiat. – Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan