Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun
1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua
pembaca budiman.
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar,
Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan
bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di
kampung tersebut.
Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap
kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan
berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar
budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.
Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak
pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai
dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap
mengadap sekeping cermin.
Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak
keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar.
Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang
tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah
Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.
Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh
makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna
tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya.
Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.
Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan
kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang
kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa
Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila
orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.
Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung
akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada
orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap
badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan
peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.
Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba
hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya.
Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat
sekali.
Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat
dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang
diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya,
Sebelum jatuh pengsan.
Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang
dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya
yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.
Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan
diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia
bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk
pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh
dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik
mandi.
Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali
kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!!
Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh
bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu
yang berat dari lubang tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan