Bergelar sebagai seorang artis, tak sah kalau tidak tampil dengan imej yang sentiasa kemas dan cantik di khalayak ramai lebih-lebih lagi di hadapan peminat-peminat sendiri.
Semestinya, penampilan artis itu akan diperhatikan dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Pakaian, kasut, aksesori dan termasuklah cara bersolek juga akan diperhatikan dan kalau boleh mahu ditiru oleh peminat mereka sendiri.
Selalunya, persepsi orang ramai terhadap artis adalah memikirkan golongan artis hanyalah memakai pakaian yang mahal dan ‘branded’ saja.
Pantang ke majlis-majlis yang glamor atau majlis biasa, mereka akan dilihat memakai pakaian yang menarik dan cantik-cantik.
Tapi, tak semua artis mempunyai tabiat yang gemar memakai pakaian mahal-mahal.
Pelakon cantik, Lisa Surihani sebaliknya gemar membeli-belah baju-baju yang tidaklah terlalu mahal tetapi cantik untuk diperagakan.
Lisa juga sebenarnya gemar membeli pakaian secara dalam talian atau pun ‘online’.
Baju-baju yang dibelinya juga cantik dan sesuai dipakainya hinggakan ramai yang turut membeli pakaian yang sama dengan Lisa.
Kalau artis lain, mungkin tidak suka memakai pakaian yang sama dengan orang lain.
Tidak pula bagi Lisa.
Nampaknya, sikap Lisa yang tidak terlalu memilih pakaian berjenama harus dipuji. Kata orang, kalau dah cantik, pakai baju macam mana pun nampak cantik. Tak gitu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan