Mungkin ini berita gembira buat Nora Danish tetapi merupakan berita sedih kepada jejaka yang menaruh hati kepada si ibu tunggal ini. Nora Danish hari ini menerusi Kosmo mengakui yang dia sedang rapat dengan seseorang dan sedang mengenali hati budi si dia yang bertuah itu.
Kata Nora Danish:-
Sejujurnya buat masa ini saya memang sedang rapat dengan seseorang dan dalam peringkat mengenali hati budinya, cuma saya tidak mahu mendedahkannya sekarang kerana hubungan tersebut masih lagi di peringkat awal.Saya tidak berniat untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut kepada umum, tetapi kalau sudah tiba masa yang sesuai dan hubungan tersebut benar-benar kukuh barulah saya akan bercerita.
Sedikit sedutan Drama DHIA:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan