Luahan Artis Yang Pernah Bertugas Dengan MAS

Misteri kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) menimbulkan banyak persoalan serta spekulasi daripada ramai pihak. Portal hiburan tempatan, Gua.com.my menemuramah beberapa selebriti tempatan yang pernah berkecimpung dalam industri perkapalan udara itu berhubung insiden yang mengundang kerisaun dan kesedihan rakyat Malaysia.

Sherry Ibrahim yang pernah berkhidmat sebagai pramugari selama tujuh tahun setengah untuk Qatar Airlines dan Malaysian Airlines berpendapat misteri kehilangan pesawat itu sangat mengejutkan. Beliau berharap agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi serta mengharapkan yang terbaik untuk semua penumpang serta krew dalam pesawat tersebut.

"Salah seorang krew bagi pesawat MH370 iaitu Mohd Hazrin Mohamed Hasnan adalah rakan saya dan kali terakhir saya terserempak dengannya bersama keluarganya,” jelas Sherry kepada wartawan Gua.



Amy Mastura, tidak pernah menghadapi saat genting sepanjang lima tahun berkhidmat sebagai pramugari MAS itu percaya bahawa semua krew telah bersedia untuk menghadapi sebarang kecemasan ketika penerbangan.

"Besar kemungkinan tak dapat berbuat apa-apa walaupun telah dilatih. Jika ada pilihan, saya pasti mereka telah melakukan yang terbaik. Namun, itu tidak bermakna mereka tidak selamat kerana masih ada harapan. Kita hanya mampu mendoakan yang terbaik buat penumpang pesawat MH370,” katanya.

Raja Ilya, pelakon kacukan melayu india ini juga terkejut dengan berita berkenaan kerana hampir semua anak kapal dalam pesawat tersebut merupakan rakannya. Raja Ilya yang pernah berkhidmat selama lima tahun dengan MAS, tidak menolak kemungkinan pesawat tersebut dirampas.

“Saya sangat terkejut sehinggakan saya tak mampu pergi kerja pada hari pertama kehilangan pesawat tersebut. Dalam MAS, kami amalkan semangat ‘One Big Family’ di mana kesemua krew merupakan rakan baik. Saya berharap mereka pulang dengan selamat sebab saya yakin pesawat tersebut tidak terhempas mahupun meletup,” katanya.


Nazim Othman, dia berharap pesawat tersebut dijumpai walau apa jua kemungkinan yang berlaku pada pesawat tersebut. Sebagai salah seorang bekas pramugara, Nazim meminta masyarakat menghentikan spekulasi tentang pesawat MH370 kerana ia menyukarkan pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka.

“Saya pernah berkhidmat dengan MAS selama lima tahun dan sepanjang kerjaya saya sebagai pramugara, tiada peristiwa yang begitu menakutkan terjadi kepada saya. Saya harap pesawat ini dijumpai dan kes ini selesai dan tidak tergantung,” kongsi Nazim. - Gua.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan