Jangan Kongsi 10 Perkara Ini Dalam Facebook | Laman sosial memainkan
peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini. Namun, setiap di
antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat
kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial. Facebook sebagai
contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan,
‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari
butiran mengenai seseorang. Penggodam juga mencari maklumat melalui
perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit
penipuan identiti.
Kali ini kita ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan menerusi Facebook anda.
1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi
apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit
dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian
identiti.
2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu
sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan
maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.
3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana
penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam
talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti
Malaysia.”
4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh
yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda,
sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.
5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat
membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah
masuk ke rumah anda.
6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat
turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.
7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap
seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan
‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata
yang memerhati dan mulut yang melaporkan.
8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar
kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual
(telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.
9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian
selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik
percutian sebelum pergi bercuti.
10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan
barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai?
Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan
peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi. Penulis
hanya ingin berkongsi maklumat tersebut berdasarkan pengalaman serta
pemerhatian penulis terhadap beberapa situasi yang pernah berlaku.
Sampaikan maklumat tersebut kepada rakan-rakan serta saudara mara
anda supaya mereka lebih berwaspada dan tiada diantara mereka menjadi
mangsa jenayah siber. Walaupun perkara ini nampak macam remeh, tetapi
sekurang-kurangnya langkah seperti ini mampu menjaga privasi anda dan
keluarga dengan lebih selamat lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan