Drama Saiful Nita, akan mula bersiaran pada 4 September 2012, hari Selasa dan Rabu pada jam 10.30 malam dan Khamis jam 9.30 malam nanti menggantikan drama 7 Ramadan. Drama saiful Nita merupakan drama slot Samarinda terbaru TV3 yang menampilkan lakonan Kilafairy, Fauzi Nawawi, Arja Lee, Linda Hashim dan Maria Farida.
Untuk pengetahuan, ini adalah penampilan pertama Kilafairy didalam slot Samarinda. Sama – sama kita saksikan drama terhebat ini. Official sinopsis akan dikemaskini.
Sinopsis Drama Saiful Nita Slot Samarinda TV3
Drama Saiful Nita mengisahkan apabila Saiful (Aidil Aiziz) disatukan oleh bapanya dengan anak perempuan Tan Sri Sulaiman, Nita (Kilafairy) yang mempunyai sikap suka memberontak dan berfoya-foya. Tujuan bapa Saiful, Datuk Mahmud menyatukan Saiful dan Nita kerana dia ingin mengambil kesempatan di atas kekayaan yang dimilik oleh keluarga Tan Sri Sulaiman.
Setelah genap sebulan bertunang, Nita mula menuntut agar Saiful memutuskan pertunangan mereka. Bagaimanapun Saiful enggan memutuskan tali pertunangan mereka sehinggalah Saiful bertemu dengan seorang wanita yang baik hati bernama Netty.
Sementara itu, Nita yang sedang menjalinkan hubungan dengan Doktor Effendi, telah mendapat satu tamparan hebat apabila dia ditinggalkan oleh kekasihnya. Nita juga mengalami gangguan jiwa dan sering bertindak di luar kawalan. Sebagai ‘tunang’, Saiful bersimpati dengan nasib Nita dan sering berada di sisi Nita. Saiful sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan Nita.
Nita mula sedar bahawa Saiful merupakan seorang lelaki yang baik dan dia tidak seharusnya melepaskan lelaki sebaik itu. Nita mula menyukai Saiful. Akan tetapi di dalam hati Saiful kini sudah ada nama wanita lain iaitu Netty. Masih wujudkah lagi perasaan sayang Saiful terhadap Nita? Siapakah menjadi pilihan hati Saiful? Adakah Nita wanita yang pernah meranapkan perasaannya atau Netty wanita yang memahaminya?
Untuk mengetahui kisah percintaan tiga segi ini, jangan lupa saksikan drama Saiful Nita yang akan disiarkan mulai 4 September 2012, setiap hari Selasa dan Rabu pada jam 10.30 malam manakala pada hari Khamis pada jam 9.30 malam. via Sensasi Selebriti

Tiada ulasan:
Catat Ulasan