Koleksi Lisa Surihani Cover The Charm Lover
1) Apakah aksesori yang boleh dianggap signature style bagi Lisa?
I don’t really have a signature accessory tetapi saya adalah pencinta charm bracelet. Ini kerana aksesori ini begitu bermakna dalam hidup saya memandangkan setiap reka bentuk charm yang ada menggambarkan kisah tersendiri. Saya kini memiliki tiga charm bracelet termasuk salah satunya merupakan edisi P.S. I Love You.
2) Apakah charm milik Lisa yang disifatkan istimewa?
Terdapat banyak loket charms yang mempunyai makna tersendiri antaranya daun clover yang menandakan cinta dan tuah bagi saya. Selain itu, loket berbentuk hati dan bunga turut dikumpul.
3) Pernah membuat aksesori sendiri?
Pernah tapi it’s just a friendship band. Itu pun ketika zaman persekolahan. Haha! Ibu pernah membelikan sebuah buku panduan mereka friendship band dan saya seronok membuatnya kerana dapat menghadiahkan kepada teman-teman.
4) Apakah label aksesori kegemaran?
Akhir-akhir ini saya semakin menyukai aksesori rekaan Pandora kerana buatannya yang solid dan mudah untuk dipadankan bersama apa jua gaya.
5) Sejauh mana kesanggupan Lisa untuk membayar sejumlah wang yang banyak demi mendapatkan aksesori kegemaran?
No! Saya bukan jenis seperti itu. Mana mungkin saya mampu membayar sehingga beribu-ribu ringgit semata-mata untuk membeli sebentuk cincin atau seutas rantai. Melainkan jumlah itu dibayar untuk mendapatkan kuantiti aksesori yang banyak, baru berbaloi! Because I can’t afford to pay that much for just one accessory!
Sumber :http://www.eh.com.my/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan