Man Nafi Meracuni Pemikiran Rahim R2

KUALA LUMPUR, 18 JANUARI 2012: Dalam kesibukan penonton program berbentuk komedi menyaksikan pertarungan pelawak berpengalaman menerusi program Maharaja Lawak Mega (MLM), peminat setia program Raja Lawak (RL) dikejutkan pula dengan berita perpecahan kumpulan R2 iaitu naib juara program musim kelima berkenaan.

Lebih panas lagi, apabila punca perpecahan itu disebabkan juara RL5, Abdul Rahman Kasim atau Man, 34, yang sering menghasut Rahim dengan menjadi punca pembubaran kumpulan yang menggabungkan Rahim bersama adiknya, Rizuan berpecah-belah.

Menafikan perkara ini, Man yang sedang sibuk dilokasi penggambaran Sopi Security menjelaskan segalanya adalah salah faham.

"Sejujurnya, saya dan Rahim adalah kawan baik sejak kami berdua dalam RL5 lagi. Saya sedikit pun tidak menghasut Rahim ataupun meracuninya untuk membubarkan kumpulannya itu. Malah, saya rasa mereka masih lagi bersama. Dalam erti kata lain, R2 masih lagi wujud.

"Kalau tidak percaya bolehlah tanya Rahim sendiri. Apapun, saya rasa ini semua hanyalah salah faham. Memang benar saya selalu diundang membuat persembahan bersama Rahim. Kebetulan pula, apabila saya mendapat undangan itu, Rahim selalu ada masa terluang.

"Tidak pernah terlintas untuk kami bergabung dalam sebuah kumpulan. Apa yang kami tahu adalah bakat kami dicungkil menerusi program Raja Lawak. Apapun, saya tidak tahulah pada masa akan datang," jelas Man.

Dalam pada itu, Man menjelaskan sepajang MLM berlangsung, dia dan Man kelihatan selalu bersama kerana mereka bertugas sebagai penulis skrip untuk kumpulan Syok.

"Sekali lagi, hubungan kami nampak semakin akrab kerana kami berdua adalah orang yang bekerja dengan kumpulan Syok sebagai penulis skrip.

"Sebab itulah kami selalu bersama. Apa yang penting, adik Rahim juga selalu datang MLM dan mungkin orang tidak perasaan kelibat kedatangannya," ujarnya.

sumber:http://www.murai.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan