Sebelum ini, rata-rata peminat dua orang
artis negara, Qusairi Razali atau Qi dan Yunalis Zarai atau lebih
dikenali sebagai Yuna mempersoalkan status terkini hubungan cinta
mereka.
Peminat-peminat mula tertanya-tanya apakah Qi dan Yuna masih lagi bercinta atau tidak?
Kalau di awal hubungan cinta mereka berputik, Qi dan Yuna sering dilihat bersama.
Mereka
pernah bercuti bersama-sama di luar negara dan banyak meletakkan gambar
mereka berdua untuk profil laman sosial masing-masing.
Namun, tidak lagi kini.
Yuna
dan Qi sendiri sudah tidak meletakkan gambar mereka bersama untuk
profil laman sosial yang ada. Disebabkan itu jugalah peminat-peminat
mahukan jawapan dari Qi.
Menerusi portal Murai.com, Qi mengakui dia dan Yuna masih lagi bercinta dan menyayangi antara satu sama lain.
Cuma,
disebabkan Yuna ketika ini sedang gigih mencipta nama sebagai penyanyi
di Amerika Syarikat, keadaan itu yang menyebabkan mereka tidak selalu
dilihat bersama.
Jujur mengakui dia bangga melihat pencapaian Yuna, Qi sentiasa mendoakan yang terbaik buat kekasih hatinya itu.
“Saya
bangga kini Yuna sedang menempah nama di Amerika Syarikat dan dia
sedang dikenali oleh beberapa orang Industri di sana dan bagi saya ia
satu pencapaian yang tinggi untuknya.
“Cuma
saya terpaksa akui hubungan cinta jarak jauh ini sangat mencabar kerana
kami kini berada dalam zon waktu yang berbeza. Jadi, adakalanya kami
terpaksa berkorban waktu untuk terus berhubungan di antara satu sama
lain. Mana taknya waktu tidur kami sahaja sudah berbeza,” kata Qi.
Walaupun
bercinta dengan jarak yang jauh, keadaan itu memberikan peluang kepada
Qi dan Yuna untuk lebih mengenali diri masing-masing.
Malah, perasaan saling percaya dan mempercayai mengukuhkan lagi rasa sayang antara mereka berdua.
“Namun
melalui proses percintaan jarak jauh sebegini, ia banyak membantu kami
untuk belajar memahami di antara satu sama lain dan apa yang paling
penting ialah kami harus saling percaya mempercayai. Ini sangat penting
kerana kami di dalam dunia (negara) yang berbeza,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan