Mengesahkan secara terperinci mengenai pengumuman ini, pengurus saluran Astro Warna, Bob Azrai memberitahu MLM musim kedua masih lagi mengekalkan konsep yang sama.
"Ya, memang benar. MLM musim dua akan muncul tidak lama lagi. Namun, setakat ini, kami masih belum ada tarikh muktamad bilakah ianya akan mula ditayangkan.
"Bagaimanapun, mengikut perancangan, program ini akan mula berjumpa peminat pada penghujung tahun ini.
"Konsep MLM masih lagi sama dan kami akan menampilkan peserta dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Siapakah pesertanya? Itu kami masih belum boleh umumkan lagi.
"Bagaimanapun, kerusi panas juri akan berubah. Tetapi, pihak kami belum mempunyai kata putus gerangan identiti yang akan menggantikan tempat Datuk Siti, Datuk Chef Wan dan Zainal Abidin Hassan," kata Bob.
SINOPSIS MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 (ASTRO)
Memasuki musim yang kedua, pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 bakal menyaksikan persaingan yang amat sengit di kalangan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik yang mana setiap peserta yang bertanding masing-masing mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini.
Tempoh talian undian Hot Seat secara online akan dibuka bermula pada 5 September 2012 jam 6.00 petang hingga 17 September 2012 jam 12.00 tengah hari. Untuk mengundi, orang ramai hanya perlu melayari laman sesawang rasmi program Maharaja Lawak Mega 2012 di www.Maharajalawakmega.com.my. Namun itu, orang ramai dikehendaki mendaftar menerusi Log Masuk Facebook terlebih dahulu sebelum mengundi para peserta kegemaran masing-masing. Orang ramai juga hanya boleh mengundi sekali sahaja bagi setiap peserta kegemaran untuk setiap hari.
27 peserta yang akan dipilih menerusi undian secara online adalah dua peserta solo iaitu SHEM dan IDLAN serta 25 peserta berkumpulan iaitu GLAMOUR TAK PERLU, TUTUP BOTOL OREN, SHAM, SAT SAT, 3A, PARPU, KETAMPI, MAMU, INGKE, KLAUT, V2, AWAS, BUAYA, KERING, HAI, XN3, DUO, ABC, I S U (I SUE YOU), NGAM, KECIK, AJK, PANAS, BALAS dan OMG.
Segala butiran lanjut mengenai program Maharaja Lawak Mega 2012 serta senarai penuh barisan peserta akan diumumkan pada sidang media akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan