Atlet Judo Wanita Arab Saudi Akhirnya Dibenar Bertanding Dengan Pakai Tudung

London – Khabar gembira kepada atlet wanita Arab Saudi, Wodjan Shaherkani yang sebelum ini berdepan dilema selepas tidak dibenarkan bertanding dalam acara sukan Judo pada Jumaat ini semata-mata kerana dia memakai tudung.

Persekutuan Judo Antarabangsa (IJC) akhirnya memutuskan remaja berusia 16 tahun itu boleh bertanding sambil memakai tudung.

Menurut jurucakap Majlis Olimpik Arab Saudi (SOC), Razan Baker, IJF akhirnya berlembut selepas mengadakan perbincangan dengan Arab Saudi.
“IJF juga bersetuju dengan reka bentuk tudung yang akan dipakai oleh Wodjan kelak,’’ katanya.
Razan bagaimanapun tidak mengetahui bagaimana bentuk tudung yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak itu.

Selain Wodjan, seorang lagi atlet wanita Arab Saudi yang bertanding pada temasya sukan Olimpik ini ialah Srah Attar.
Mereka mencatat sejarah sebagai atlet wanita pertama dibenarkan bertanding di Olimpik oleh Arab Saudi.

Nama mereka dihantar oleh Majlis Olimpik Arab Saudi pada tarikh akhir iaitu 9 Julai.
Malah sebelum datang ke London, kedua-duanya telah menandatangani perjanjian bahawa mereka akan hanya bertanding dalam sukan itu dengan syarat tidak membuka aurat dan mengikut lunas-lunas Islam.

Wodjan, sebelum ini mengancam menarik diri daripada bertanding selepas dia diminta menanggalkan tudung oleh IJF dengan syarat pemakaian tudung melanggar syarat perlawanan.
Bagaimanapun penyertaan Wodjan dan Sarah dalam sukan Olimpik 2012 ini telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada rakyatnya.

Ada yang menyokong dengan menganggap ia adalah satu kemajuan dalam perjuangan menuntut hak wanita, tidak kurang pula yang mengecam Wodjan dan Sarah dengan menyifatkan mereka sebagai tidak bermaruah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan