Abby Abadi dan Erra Fazira, dua nama yang besar dan sudah lama
bersama dalam industri hiburan. Pernah berlakon bersama dalam drama
bersiri Gerak Khas, OHBULAN! sempat menemui Erra Fazira semalam ketika
majlis berbuka puasa bersama Astro bertempat di Royal Bintang, Curve.
Masih mengekalkan kecantikannya, Erra Fazira ketika ditanya mengenai
isu yang melanda Abby Abadi hanya tersenyum menjawab soalan yang
diberikan.
“Saya menghormati apa yang dia (Abby Abadi) lalui sekarang. Kita tak
tahu, mungkin dia ada cara penyampaiannya yang tersendiri,” ujar Erra
memulakan perbualan.
Ditanya adakah dia bersetuju dengan tindakan Abby yang secara terang
membuat kenyataan tentang politik, Erra menjawab, “Saya tak boleh kata
setuju jika kita tak mengenali individu itu secara rapat.”
Erra turut memberitahu bahawa Abby memang seorang yang lantang dan berani bersuara.
“Dia memang seorang yang lantang dan berani bersuara, sejarah pun dah menceritakan Abby ini bagaimana orangnya.
“Saya tak kata tindakan dia betul atau salah, walau apa pun mahu
berdakwah, mesti ada saluran yang betul. Jangan berdakwah jika ia
mengakibatkan kesan yang negatif. Apa pun, saya tetap menghormati cara
dia,” jelas Erra Fazira.
Dalam pada itu, Erra Fazira bakal memeriahkan raya anda di saluran
Mustika HD (134) untuk rancangan hiburan Astro, “Mega Raya 2012″ dan
Erra juga bakal digandingkan bersama Randy Pangalila dalam rancangan
muzikal, “Randy! Oh My Raya!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan