Apabila menjelang sambutan Aidilfitri, salah satu tarikan utama pastinya adalah iklan di televisyen.
Ramai yang ternanti-nanti iklan yang unik serta memberi penuh makna kepada diri mereka.
Bila disebut berkenaan iklan yang unik serta menyentuh perasaan
pastinya ramai yang akan membayangkan iklan hasil karya Allahyarhamah
Yasmin Ahmad.
Selain itu, Petronas juga sering tampil dengan kepelbagaian unik bagi
menarik minat rakyat Malaysia menonton sekaligus menyampaikan mesej
yang mendalam.
Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, Petronas menghasilkan sesuatu
yang unik pada tahun 2012 apabila berani menampilkan sebuah filem pendek
raya.
Tambah menarik, filem pendek tersebut bukan sahaja memaparkan
berkenaan sambutan raya Aidilfitri, malah ia turut berkisar sambutan
Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
Filem pendek tersebut turut menampilkan pelakon utama, Redza Minhat
yang memegang watak Erman dan seorang kanak-kanak warga tempatan
(Uzbekistan), Jeyhun.
Pada mulanya, mereka bertemu dan berkenalan sebagai orang asing hingga akhirnya mereka menjadi begitu rapat.
Selaras dengan tema Petronas pada tahun 2012, ‘Reimagining Energy’,
elemen-elemen dalam filem pendek tersebut pastinya akan menyentuh hati
setiap penonton.
Berjudul ‘Stranger’, ia merupakan antara filem pendek hasil karya
Quek Shio Chuan yang mendapat kerjasama dari syarikat pengiklanan
terkemuka dunia, Leo Burnett.
Trailer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan