Mak Iti Seorang Yang ‘Chill’ Dan ‘Relax’ – Anak Tiri Datuk Siti

 Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya Datuk Khalid serta dua daripada empat anak tirinya iaitu Muhammad Ashraf, 20, dan Muhammad Aazief, 14 dipertemukan di dalam satu fotografi khas Harian Metro. Difahamkan selama enam tahun bintang terkenal berkenaan berkahwin dengan ayah mereka, sepanjang tempoh itu juga mereka tidak pernah melihat ibu tiri mereka dalam keadaan marah atau melenting. Sifat tenang dan sabar Siti membuatkan mereka amat menghormati dan mengaguminya. Jelas mereka kepada Harian Metro:-

“Mak Iti seorang yang ‘chill’ dan ‘relax’. Tidak pernah marah dan penyabar. Biar dengan orang gaji sekalipun, dia tidak pernah meninggikan suara. Dia seorang yang baik dan mempunyai kesabaran luar biasa. Bukan itu saja, Mak Iti saya sifatkan sebagai seorang pendengar dan penasihat yang baik. Saya tidak pernah rasa kekok untuk bercerita dengan Mak Iti kerana dia boleh menerima apa saja isu yang diperkatakan.”

Ashraf dan Aazief juga berpendapat sebagai seorang anak, mereka berdua wajib menghormati Datuk Siti sebagai ibu tiri mereka dan selama berkahwin Datuk Siti berjaya membahagiakan ayah mereka.


Layan Lagu Baru Datuk Siti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan