KUALA LUMPUR: “Sejak kecil saya melihat ibu lakukan pemujaan di rumah
ibadat bukan Islam dan saya pernah lihat ada darah, kuku dan jarum
dalam tiga mangkuk berasingan tersimpan di bilik yang digunakan ibu
untuk berubat.
“Malah, ibu turut menggunakan al-Quran untuk menipu orang. Jadi, saya
tidak sanggup lagi melihat amalan khurafat dilakukan ibu dan tidak mahu
lebih ramai menjadi mangsanya.”
Demikian cerita gadis berusia 19 tahun yang hanya mahu dikenali
sebagai Nurul ketika mendedahkan perbuatan khurafat ibunya pada sidang
media di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.
Nurul ditemani suaminya mengadakan sidang media itu bersama tujuh
individu lain yang menjadi mangsa penipuan ibunya membabitkan kerugian
lebih RM20,000.
Nurul berkata, dia yakin ibunya berusia 47 tahun itu mengamalkan ilmu
hitam dan menggunakan ilmu berkenaan untuk mendapatkan wang dengan
menipu orang ramai.
- Harian Metro -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan