Hati-hati kalau nak kasi hadia kat seseorang, khususnya kalau benda
yang korang nak kasi tu membabitkan sesuatu yang “sensitif” seperti
TUALA WANITA…
Kalau korang nak tahu, sorang lelaki dah kena tahan polis sebab
hadiahkan TUALA WANITA kat Liyana Jasmay…heh! Kasi hadiah pun kena
tangkap woooo..! Muahahahahaa…
Lelaki Hadiahkan Tuala Wanita Kepada Liyana Jasmay DitahanSeorang
lelaki misteri yang merupakan peminat fanatik kepada selebriti cilik
comel terkenal, Liyana Jasmay telah ditangkap oleh polis pada Khamis
lalu kerana menggangu privasi pelakon tersebut.
Lelaki tersebut didapati berlegar-legar di hadapan rumah Liyana
Jasmay termasuk membawa hadiah. Namun, yang menjengkelkan lagi apabila
lelaki tersebut turut pernah memberi tuala wanita sebagai hadiah.
Menurut Liyana, ganguan ini bukanlah kali pertama tetapi sebaliknya kali keenam sejak November tahun lalu.
Lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu sering membawa hadiah
kepada Liyana seperti baju-T, kasut, minyak wangi, cakera padat termasuk
tuala wanita.
Pihak polis telah memberkas lelaki tersebut di hadapan rumah Liyana
sekitar jam 11.40 malam, kelmarin. Keluarga Liyana telah membuat laporan
polis selepas melihat gelagat yang mencurigakan serta rasa terancam
terhadap tindakan lelaki tersebut menerusi rakaman kamera litar
tertutup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan