Pastinya ramai yang bertanya ke mana hilangnya Roslan Shah yang agak sekian lama menyepi.
Kali
ini Roslan Shah tidak lagi muncul bersama kontroversi sebaliknya
bersama kuih tart nenas yang diusahakan bersama rakan karibnya, Ifa
Raziah.Namun, dikhabarkan juga Roslan Shah akan ‘menyerang’ sebuah blog yang memfitnah dirinya mengambil minuman keras.
Menurut Roslan Shah, artikel yang bertajuk ‘Roslan Shah minum beer di kedai mamak’ itu telah mencemarkan imej serta kredibiliti dirinya.
Blogger yang tidak mahu disebutkan oleh Roslan Shah itu telah menerbitkan berita fitnah yang menyatakan Roslan Shah membeli minuman keras di sebuah kedai serbaneka dan minum di sebuah kedai mamak.
“Saya akan memberi amaran kepada blog berkenaan untuk membuang artikel yang telah menjejaskan imej saya.
“Jangan kata minum (arak), bau pun saya boleh nak termuntah,” ujar Roslan Shah sewaktu ditemubual MyNewsHub semalam.
Buat sementara ini, dia akan membawa isu itu kepada Persatuan Seniman bagi mendapatkan nasihat serta melihat tindakan yang sewajarnya demi membersihkan imej.
Menurutnya, sebuah sidang media berkenaan isu tersebut akan diadakan selepas hari raya Aidilfitri akan datang.
Pada masa yang sama, Roslan Shah kini lebih memfokuskan kerjayanya sebagai pengacara dan menerima beberapa tawaran sebagai pengacara di majlis-majlis korporat.
Selain itu, dia turut meningkatkan amal ibadat serta kerja-kerja kebajikan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan