Elak Ditipu Suspek Menyamar ‘Pegawai’ Bank


JABATAN Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor hari ini memberi peringatan kepada orang ramai berkenaan  kes penipuan melibatkan modus operandi penyamaran sebagai seorang pegawai sebuah bank dalam negara.

Peringatan itu diberikan melalui satu nota di Laman Facebook Polis Selangor hari ini.

Menurut peringatan berkenaan mangsa akan menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Ambank dan mengatakan mangsa mempunyai hutang kad kredit tertunggak dengan bank berkenaan.

Mangsa yang menafikan memiliki kad kredit dengan bank yang disebutkan kemudian diberitahu bahawa maklumat peribadinya telah digunakan oleh orang lain.

Suspek kemudian dinasihatkan agar kononnya menghubungi Bank Negara dengan satu nombor yang akan diberikan.

Selepas itu, ada suspek yang akan menyamar sebagai pegawai Bank Negara akan mengarahkan mangsa membuat pindahan keseluruhan wang simpanannya ke dalam satu nombor akaun yang diberikan.

Menurut Facebook JSJK Selangor, ini adalah satu taktik penipuan dan ramai yang telah menjadi mangsa dan kini kehilangan keseluruhan simpanan peribadi mereka.

Pihak polis meminta orang ramai yang menerima dan menjawab panggilan telefon sedemikian agar menamatkan segera perbualan dan mengelak ditipu oleh suspek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan