Kes Liwat - Anwar Ibrahim Didapati Bersalah !

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan pihak pendakwaan kes liwat II untuk mengenepikan pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi dua tahun lalu atas kesalahan meliwat.

Anwar didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas di sebuah kondominium di Damansara.Keputusan tersebut dibacakan Hakim Balia Yusof dan menegaskan ia adalah keputusan sebulat suara panel hakim.

Balia Yusof yang mengetuai panel berkenaan memberitahu panel integriti bahawa bahan bukti telah dikompromi.Sebelum itu, mahkamah diberitahu profil DNA pihak ketiga ditemui di bahagian dubur Saiful.

Peguam Anwar, Ramkarpal Singh pula berhujah pihak pendakwa gagal menjelaskan sumber DNA berkenaan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi.Anwar didakwa meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan