Syamsul Yusof Masuk Hospital


Pengarah popular, Syamsul Yusof kini ditahan di Hospital Gleneagles selepas disyaki dengue fever.

Pada mulanya, Syamsul Yusof mengalami gejala sakit kepala dan demam yang teruk selama hampir 2 hari. Ibunya kemudian membawa Syamsul ke hospital.

Ujian darah Full Blood Count telah diambil dari Syamsul Yusof untuk mengetahui keputusan darahnya terutama bacaan platelet.

Syamsul Yusof juga sempat bergurau akan bernikah di hospital sekiranya keadaan kesihatan beliau masih belum baik pada hari yang bakal berlangsung majlis pernikahannya iaitu 8 Mac ini.

Patimah, ibu kepada Syamsul turut memohon para peminat untuk mendoakan kesihatan anaknya kembali pulih dengan izinNya.

Demam denggi kini semakin meningkat dan sekiranya menghidap denggi berdarah ianya amat berbahaya. penyakit ini tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan