Herman Tino Tak Jadi Bertanding Di Kajang


Penyanyi dangdut, Herman Tino yang pernah menyatakan minat untuk bertanding sebagai calon bebas dalam PRK Kajang, kini mengumumkan tidak jadi berbuat demikian.

BACA: Beri Saya 10 Hari Sama Ada Bertanding Atau Tidak – Herman

Sebelum ini, Herman pernah berkeras mahu meneruskan hasratnya itu meskipun ditentang isteri sendiri.

Herman berkata kepada sebuah portal berita semalam, dia mengambil keputusan itu kerana tidak mahu lagi dituduh cuba memecah undi, ada menerima bayaran daripada pihak tertentu untuk bertanding atau mencari publisiti murahan.

Herman atau nama sebenarnya Marsun Tamsi sebelum ini pernah bertanding sebagai calon bebas ketika pilihanraya ke-13 di Parlimen Tanjung Karang.

Herman yang menerima 340 undi, bagaimanapun kalah teruk dan kehilangan wang deposit RM10,000.

Calon Barisan Nasional, Datuk Seri Noh Omar memenangi parlimen tersebut apabila menerima 20,548 undi mengalahkan calon PAS, Mohamad Rashdi Deraman dengan majoriti 4,394 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan