NAMPAKNYA isu antara Wawa Zainal dan syarikat pengurusannya sebelum ini, Metrowealth International Group (MIG) sudah pun berakhir.
Menerusi portal hiburan GUA, pelakon jelita ini dikatakan sudah keluar dari syarikat tersebut secara rasmi sekitar Disember tahun lalu.
“Saya ada menghantar surat mengatakan saya ingin keluar daripada MIG dan mereka juga melepaskan saya dengan cara baik. Secara hitam putih, saya sudah tidak bersama MIG sejak beberapa bulan lepas dan aktiviti seni saya bakal diuruskan oleh suami. Saya anggap perkara ini sudah selesai.
“Saya ingin memberi fokus pada anak dulu. Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang lebih tenang disamping anak dan suami yang penyayang. Saya sangat bahagia,” ujar isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu.
Wawa buat masa ini berehat seketika dari dunia lakonan kerana mahu menjaga anaknya, Ahmad Fakharuddin Attar sehingga dia mencecah usia tujuh bulan.
Kami sendiri merasakan tindakan MIG melepaskan pelakon ini merupakan jalan yang terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan