Jika semalam, Buletin Utama TV3 menjemput Bekas Ketua Juruterbang B777 Fleet MAS, Kapten Norudin Abd Majid untuk membicarakan secara lebih lanjut mengenai misteri kehilangan pesawat MH370, hari ini sekali lagi beliau dijemput menjadi panel dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang dikendalikan oleh Ahmad Fedtri Yahya dan Saiful Nizam Ismail.
Menerusi video berdurasi 38 minit dapat dilihat Kapten Norudin berkongsi cerita dan pengalamannya sepanjang mengenali Kapten Zaharie Ahmad Shah yang merupakan juruterbang bertanggungjawab menggemudi pesawat MH370 di samping pembantunya, Fariq Abdul Hamid.
Menurutnya, sepanjang mengenali Zaharie, beliau merupakan seorang yang sangat berdedikasi dalam tugasnya.
Selain itu, Zaharie juga disifatkan Kapten Norudin sebagai seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang penerbangan serta mempunyai pengetahuan yang luar biasa dalam bidang yang diminatinya itu.
Dalam pada itu, Kapten Norudin turut berkongsi pendapatnya berhubung misteri kehilangan MH370 yang sehingga kini masih lagi tidak berjaya ditemui oleh pihak mencari dan menyelamat yang telah dikerahkan sejak hari pertama pesawat itu hilang Sabtu lalu.
Kapten Norudin juga mengatakan segala apa yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT, walau secanggih mana pun sesuatu teknologi itu, tidak ada kuasa lain yang mampu mengatasi kuasa Allah Maha Besar.
Saksikan video penuh wawancara tersebut yang diserta di bawah ini:
Buletin Utama TV3
Malaysia Hari Ini TV3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan