‘Raja Bomoh’ Nak Guna Bubu Mata Pancing Cari Pesawat MH370

itulah yang berlaku kepada seorang remaja di dalam twitter yang mempermainkan insiden MH370 untuk publisiti murahan. Sebelum ini, tweet dan whatsapp sedih yang ditulis Jasmine Johari pasti membuatkan anda sebak dan pasti ramai yang mengalirkan air mata. Namun, apa yang lagi menyedihkan ialah printscreen whatsapp dan tweet tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata!
SEPANG – Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut
mendapat perhatian “Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP” Ibrahim Mat Zin.

Beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini
hari ini, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi
menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.

“Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada
buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar
dapat dijumpai secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di sini.

(BACA – Sajak Menarik Dari Pembaca Mynewshub… Di Mana Kamu MH370 )

Beliau yang melakukan solat sunat hajat di kawasan pintu ketibaan KLIA turut
mendapat perhatian orang ramai yang tidak berputus asa mendoakan pesawat yang
hilang ditemui selamat.

“Walaubagaimanapun, saya akan kembali ke KLIA dalam masa dua hari selepas
melakukan doa dengan membawa sesuatu ke sini,” katanya.

Pada masa sama, Ibrahim juga meminta orang ramai meneruskan upacara
keagamaan masing-masing mendoakan supaya kesemua penumpang dan anak kapal
selamat kembali ke tanah air.

Raja Bomoh berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila
memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian
Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar
Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.
– BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan