Seorang lelaki dari India mencipta rekod dunia baru sebagai manusia terpantas yang menaip menggunakan hidung.
Mohammed Khurshid Hussain berjaya menaip ayat ‘Guinness World Records have challenged me to type this sentence using my nose in the fastest time’ menggunakan hidungnya dalam masa 47.44 saat, Khamis lepas.
Rekod baru Khurshid ini memadamkan rekod lama satu minit 33 saat yang dibuat seorang wanita India dikenali sebagai Neeta di Dubai pada 16 November 2008.
Ini merupakan cubaan kedua Khurshid untuk mencipta rekod baru selepas melakukannya dalam masa 54 saat beberapa bulan lalu.
Khurshid juga adalah pemegang rekod dunia bagi kategori menaip huruf A hingga Z paling pantas dengan catatan masa 3.43 saat pada 2 Februari 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan