HARI ini pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama-sama menyertai anggota mencari dan menyelamat untuk mencari lokasi di mana pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sedang berada pada ketika ini.
Dua gambar beliau hari ini disiarkan twitter sebuah agensi media dan seorang pengguna laman media sosial itu.
Gambar pertama menunjukkan beliau bersama-sama juruterbang pesawat Charlie C130 sedang dalam operasi berkenaan yang sudah masuk hari keempat.
Gambar kedua menunjukkan Hishammuddin sedang duduk di atas lantai pesawat sambil meneliti kawasan yang ditentukan untuk dicari bagi mengesan lokasi pesawat Boeing 777-200ER itu.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan sebelum ini pernah berkata bahawa beliau sudah berjanji kepada para ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan bahawa keutamaan negara ketika ini ialah untuk mencari di mana MH370.
Hishammuddin juga sudah berikrar tidak akan berlepas ke Beijing, China bagi menemui ahli keluarga di sana selagi pesawat berkenaan belum ditemui.
Pesawat MH370 pada awal pagi Sabtu lepas dalam penerbangan ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berlepas pada pukul 12.40 tengah malam dan dijangka mendarat pada pukul 6.30 pagi bagaimanapun ia tidak mendarat seperti jadual.
Sehingga hari ini masih tiada sebarang petanda di mana lokasi sebenar MH370

Tiada ulasan:
Catat Ulasan