KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mahu kerajaan mewujudkan Tabung Hasil Minyak Negara bagi menguruskan hasil petroleum negara untuk kegunaan rakyat.
Beliau berkata, Tabung Hasil Minyak Negara itu mesti diletakkan di bawah seliaan Parlimen dan hanya boleh disalurkan pada waktu-waktu `darurat’ menerusi undi majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat.
“Cadangan ini perlu mendapat sokongan dwipartisan demi masa depan generasi akan datang yang lebih terjamin dan terpelihara.
“Hampir 40 peratus daripada hasil pendapatan yang dijana oleh hasil petroleum digunakan dalam belanjawan. Ia menunjukkan seolah-olah kerajaan tidak sedar bahawa sumber kekayaan hasil minyak ini akan kering akhirnya,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Nurul Izzah mendakwa, sejak Petronas ditubuhkan, kerajaan telah mendapat keuntungan lebih RM700 billion wang itu dapat memberi pulang kepada rakyat sekiranya dapat dilaburkan dengan bijak seperti yang dilakukan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Beliau memberi contoh khazanah petroleum yang di Norway apabila kerajaan Norway juga mewujudkan sebuah Dana Persaraan iaitu `Government Pension Fund – Global’.
Dakwanya, dengan kenaikan harga bahan api pada tahun 2013, Tabung Global Norway mencatatkan keuntungan bernilai RM2.7 trillion iaitu antara tabungan terbesar di dunia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan