Najib Lancar BR1M 3.0 Hari Ini


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) yang mula diagihkan kepada tujuh juta penerima seluruh negara membabitkan peruntukan sebanyak RM4.5 bilion.

Sementara itu, beliau berkata, subsidi pukal seperti petrol pula akan dikurangkan secara berperingkat untuk diagihkan semula kepada rakyat dalam bentuk subsidi fokus seperti BR1M.

Najib turut memberi jaminan jumlah BR1M akan ditambah pada masa akan datang sekiranya asas datang sekiranya asas ekonomi dan pendapatan negara semakin kukuh hasil kecekapan pentadbiran kerajaan.

Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan BR1M 3.0 peringkat nasional 2014 di Sekolah Aminuddin Baki, Kampung Pandan di sini. - BH Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan