Pelekat kebal (pekida) dijual rm25.90 untuk lepas sekatan jpj & polis trafik?

 18 Februari yang lalu, aktiviti penjualan Pelekat Kebal untuk kereta tersebar di Facebook kononnya dengan memiliki pelekat tersebut, pemilik boleh lepas daripada ditahan oleh pegawai JPJ dan polis trafik di mana-mana sekatan jalan yang dilakukan.

Laman itu juga mendakwa, jika pemilik kereta yang menggunakan pelekat Kebal berkenaan dilanggar oleh pemandu kenderaan lain yang berbangsa cina, mudah bagi ranting² Pekida yang berdekatan datang untuk 'backup' untuk settlekan masalah berkenaan.

Harga pelekat kebal itu dijual pada harga RM25.90 sekeping + RM10 bagi mereka yang berada di luar kawasan si penjual. Harga pelekat kebal itu dijual pada harga mahal atas alasan 'Limited Edition'

Pelekat kebal ini juga boleh digunapakai oleh mereka yang bukan berdaftar sebagai ahli Pekida.

Malangnya, tindakan laman Facebook berkenaan dikecam oleh orang ramai kerana mencemarkan imej pertubuhan Pekida.

Tindakan seperti ini sebenarnya memberi tanggapan yang negatif kepada PEKIDA. Sudahlah PEKIDA mendapat persepsi masyarakat ianya sebagai pertubuhan melayu gangster, ditambah pula dengan hal seperti ini, makin negatiflah imej PEKIDA.

Jika PEKIDA tak ambil 'port' dengan kes penyalahgunaan hak keistimewaan ahli seperti di atas, alamatnya masyarakat akan terus memandang serong terhadap pertubuhan itu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan