TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Setelah berpuluh tahun aktif dalam bidang lakonan, pelakon dan pengarah popular, Datuk Rosyam Nor, 47, maju setapak ke hadapan apabila dia dilamar untuk menggalas tugas sebagai penyampai radio jemputan di stesen radio Hot FM.
Pertama kali ke udara pada 12 Februari lalu, Rosyam yang menggunakan nama samaran sebagai Dr. R mengendalikan sebuah segmen soal jawab yang melibatkan para pendengar bagi menyelesaikan masalah cinta yang dihadapi oleh mereka.
Selain itu, pelakon yang terkenal dengan karakter Tailong menerusi filem pecah panggung, KL Gangster 2 ini bakal meluangkan masa berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan berkenaan dunia perfileman dalam sebuah bengkel khas yang dianjurkan oleh Media Prima bersempena dengan penganjuran Drama Festival KL (DFKL) pada 22 Februari depan.
Pelakon yang pernah menerima sebanyak dua pengiktirafan pada Festival Filem Asia Pasifik ini bercerita tentang kisah perkongsian ilmu, cabang seni baharu serta perancangan akan datang dalam temu bual yang diaturkan oleh Kosmo! baru-baru ini.
Kosmo!: Bagaimanakah pihak Hot FM boleh melamar anda untuk mengelolakan sebuah segmen kendalian sendiri?
ROSYAM: Sewaktu datang ke stesen radio berkenaan untuk mengadakan promosi filem Balistik, saya diberi peluang oleh Fara Fauzana untuk menjawab panggilan dan menyelesaikan masalah cinta para pendengar. Ketika itu, dia meminta saya untuk menggunakan nama samaran Dr. R. Jadi, setelah dipantau oleh pihak Hot FM, mereka nampak potensi yang ada pada percubaan itu lalu menawarkan saya untuk mengelolakan segmen tersebut.
Bagaimanakah penerimaan para pendengar setakat ini?
Setakat ini, sambutan yang diterima cukup baik. Tidak semua masalah yang diajukan oleh pendengar dapat diselesaikan. Lagipun, apabila menggunakan nama samaran Dr. R, saya mengibaratkan tugas saya ini hanyalah sebagai satu lakonan.
Adakah anda akan terus menjadikan tugas penyampai radio ini sebagai salah satu cabang utama karier anda?
Pada pendapat saya, tugas ini merupakan salah satu cabang seni yang berlainan. Justeru, saya akan melihat perkembangannya terlebih dulu. Jika pendengar suka dengan celoteh saya, mungkin kontrak selama tiga bulan ini akan disambung.
Bagaimanakah pendengar boleh mengikuti segmen soal jawab cinta itu?
Saya ke udara bersama Farah, Fizie dan AG pada setiap hari Rabu pukul 7.30 hingga 8.30 pagi.
Anda juga telah terpilih untuk menjadi penceramah bagi bengkel pengarahan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Boleh ceritakan serba sedikit mengenai bengkel tersebut?
Bengkel itu dianjurkan pada 20 hingga 21 Februari ini. Saya diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kelas lakonan yang diberi judul Lakonan Itu Perniagaan. Selain itu, terdapat banyak lagi bengkel yang dikendalikan oleh nama-nama besar dalam industri hiburan termasuklah Kabir Bhatia, Fauziah Nawi, Eirma Fatima dan Habsah Hassan.
Apakah keistimewaan bengkel-bengkel ini?
Penganjuran bengkel ini mampu mendedahkan orang awam khususnya golongan muda untuk mempelajari selok-belok dunia perfileman dan muzik dengan tunjuk ajar daripada individu yang berpengalaman.
Sama ada mereka mempunyai latar belakang dalam bidang seni atau tidak, peluang ini boleh digunakan sebaik mungkin untuk menunjukkan bakat yang terpendam. Lebih-lebih lagi yuran penyertaan yang dikenakan adalah begitu rendah iaitu RM100 sehari untuk dewasa dan RM60 untuk pelajar. Maklumat lanjut boleh didapati di www.dfkl.com.my.
Bagaimana dengan kutipan keseluruhan filem Balistik yang baru sahaja tamat tayangannya di pawagam?
Alhamdulillah, jumlah kutipan dianggarkan berjumlah RM2.5 juta.
Apakah perkembangan terbaharu anda?
Saya bakal berlakon dalam sebuah filem yang diarahkan Syamsul Yusof. Filem itu nanti bakal menampilkan watak Tailong sebagai watak utama dan jalan cerita yang akan ditampilkan adalah berbeza dengan jalan cerita KL Gangster 2. Selain itu, filem terbitan saya, Isyarat Cinta yang diarahkan oleh Bade Azmi akan menjengah pawagam dalam tahun ini. Pada 16 Mac nanti, telemovie berjudul Perjalanan yang menggandingkan saya dengan Dian P. Ramlee dan Fimie Don bakal menemui penonton.Kata:Kosmo

Tiada ulasan:
Catat Ulasan