Chow yun fat derma seluruh harta bernilai rm425.2 juta


Bintang filem aksi terkenal Hong Kong, Chow Yun Fat berhasrat mendermakan seluruh harta miliknya yang bernilai HKD1 bilion (RM425.2 juta) untuk tujuan kebajikan apabila dia meninggal dunia kelak.

Pengumuman yang mengejutkan itu dilihat bakal meningkatkan nama baik Chow Yun Fat yang sememangnya terkenal dengan sifat rendah diri dan pemurah.

“Saya merasakan duit itu bukanlah milik saya. Saya hanya bertanggungjawab menjaganya sementara waktu! Kerana itu saya akan mendermakan semuanya kepada badan kebajikan yang lebih memerlukan,” katanya.

Chow berkata, semenjak kecil lagi dia telah diajar berjimat cermat oleh ibunya.

Di usia 58 tahun dan tiada anak untuk dijaga, Chow mahu mendermakan kesemua harta simpanannya sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat di atas apa yang dikecapinya selama ini.

Pelakon utama filem Bulletproof Monk terbitan Hollywood ini menyifatkan dirinya sama seperti orang biasa dan dia mendapat pujian ramai kerana sering menggunakan pengangkutan awam, tidak memakai pakaian mahal dan menggunakan telefon bimbit yang “ketinggalan zaman” walaupun dia kaya dan dikenali ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan