STOCKHOLM: Perbicaraan pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awaluddin dan isteri, Shalwati Norshal di Mahkamah Daerah Solna masuk hari kedua dan pendakwa raya telah menayangkan video temubual bersama anak bongsu pasangan tersebut yang berumur tujuh tahun, Arif.
Dalam video tersebut, pegawai penyiasat yang menemubual Arif telah mengambil beberapa barang dari sebuah bag yang ditemui dalam rumah pasangan tersebut.
Bertutur dalam bahasa Sweden sambil dibantu oleh penterjemah bahasa, pegawai penyiasat itu kemudian meminta Arif menunjukkan objek yang digunakan untuk memukulnya.
Arif yang memakai baju sejuk biru dan berseluar jeans dilihat agak keliru dari terkejut dengan pertanyaan yang diberikan dan dia kemudian mengenal pasti dua rotan dan satu pemukul karpet yang digunakan oleh ibunya untuk memukulnya.
Dia menggambarkan bahawa rotan tersebut sebagai 'kayu yang berikat'.
Video kedua yang dipertontonkan sebelum mahkamah berhenti rehat pula memaparkan anak lelaki sulung mereka, Ammar, 12 yang membawa lebih kepada penerangannya.
Dia memberitahu dua insiden di mana dia telah dipukul oleh ibu bapanya secara jelas.
Inside pertama berlaku apabila ibunya memukul dengan penyangkut baju kerana dia mendengar muzik yang terlalu kuat ketika membuat kerja rumah.
Kejadian kedua berlaku apabila dia dan kakaknya terlibat dalam satu pertelingkahan ketika dihantar ke sekolah oleh Azizul dan menurutnya, dia telah dipukul di bahu oleh Azizul kerana memukul kakaknya.
Kesemua video tersebut telah dipertontonkan oleh pendakwaraya, Anna Arnell di dalam kamar mahkamah di hadapan hakim Mattias Moller.
Shalwati yang mengenakan baju kurung berwarna emas bersama tudung kelabu dan jaket dilihat agak tenang sepanjang perbicaraan berlangsung. Dia dan Azizul duduk bersebelahan di samping peguambela mereka, Johan Tamm and Kristofer Stahre.
Turut sama menghadiri perbicaraan tersebut ialah Duta Malaysia, Datuk BadruddinAbdul Rahman, Ketua Pengarah Tourism Malaysia dan beberapa lagi saudara mara dan kawan pasangan tersebut.
Azizul dan Shalwati telah ditahan sejak Disember tahun lalu kerana dipercayai telah mendera keempat-empat anak mereka yang kini berada dalam jagaan ibu saudara di Kelantan.
Kesemua mereka dibawa pulang dari Sweden oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, pada awal bulan ini.
Anak sulung pasangan tersebut, Aishah, 14, dan Ammar kini bersekolah di SMK Padang Kala sementara Adam, 11 dan Arif pula menuntut di SK Padang Kala, Kota Bharu.
Perbicaraan tersebut dijangka akan memakan masa sehingga 10 hari di Mahkamah Daerah Solna di Stockholm dimana Shawati dan Azizul akan merayu diatas kesalahan mereka memukul anak mereka.astroawani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan