LONDON - John Terry muncul sebagai wira Chelsea apabila meledak gol kemenangan ketika menundukkan Everton 1-0 pada aksi Liga Perdana England di Stadium Stamford Brigde malam tadi.
Pada aksi di laman sendiri itu, The Blues gagal memanfaatkan sebarang peluang dan menembusi benteng The Toffes yang ampuh bertahan pada babak pertama.
Ketika perlawanan dilihat berakhir dengan keputusan seri, kapten Chelsea, Terry akhirnya berjaya memecah kebuntuan gol dengan berjaya menanduk bola ke dalam gawang Everton pada masa kecederaan.
Kemenangan itu sekali gus memperkukuhkan pasukan bimbingan Jose Mourinho sebagai pendahulu liga dengan mengutip 60 mata sepanjang 27 perlawanan.
Sebagai rekod, Mourinho berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang bergelar pengurus Chelsea ketika beraksi di Stamford Bridge dengan merakamkan 58 kemenangan dan 16 seri.
Selain itu, The Blues juga berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang 12 perlawanan terakhir pada musim ini di laman sendiri.
Selepas aksi menentang Everton, The Blues bakal terbang ke Turki menjelang pertemuan aksi kalah mati pertama Liga Juara-Juara menentang Galatasaray, awal pagi Khamis depan.
Chelsea bakal turun mempertahankan status pendahulu liga ketika menentang Fulham dan Tottenham Hotspur untuk aksi Liga Perdana England pada 1 dan 9 Mac depan. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan