Nasha Aziz Buat Ujian DNA


Aktres dan supermodel terkenal, Nasha Aziz, 45, mendedahkan baru-baru ini beliau melakukan ujian pemeriksaan asid deoksiribonukleik (DNA) sebagai langkah penjagaan kesihatan dirinya sendiri.

"Baru-baru ini saya ada membuat ujian DNA. Selepas mendapat keputusan ujian itu, barulah saya tahu imunisasi badan saya tidak kuat dan saya berpotensi untuk menghidapi beberapa penyakit berbahaya. Jadi apa yang saya lakukan, saya mengambil langkah untuk mengawal penyakit-penyakit itu dengan terus kekal mengamalkan gaya hidup sihat.

"Bila umur kita semakin meningkat, kadar metabolisma kita pun semakin menurun. Untuk kekal sihat dan nampak sentiasa segar, saya pastikan saya mendapat tidur yang cukup bersenam, saya juga mengambil suplemen berasaskan kunyit. Suplemen tersebut baik untuk sistem penceernaan sekaligus dapat membuang toksid dalam badan kita" katanya ketika diajak berkongsi rahsia dirinya kekal awet muda ketika ditemui baru-baru ini.

Perkembangan lain, Nasha bakal beraksi pada pementasan teater 'Di Bawah Lindungan Kaaba'h. Teater yang diadaptasikan daripada naskhah hebat nukilan Allahyarham Professor Dr Hamka ini bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 9 hingga 18 Mei depan.

Lebih menarik, dalam teater adaptasi arahan Rosminah Tahir ini, Nasha bakal bergandingan dengan pelakon popular Adi Putra selaku teraju utama.Sementara itu dalam diam, Nasha juga sibuk memberi fokus pada beberapa bisnes membabitkan bidang kecantikan, fesyen dan korporat, sejak tahun lalu.

Selain sebagai duta produk penjagaan kulit Irish Miracle Fashion Cosmetics, Nasha juga baru sahaja menceburi bidang rekaan kasut dengan seorang pereka muda berbakat.

Bagaimanapun Nasha tidak mahu berkongsi lanjut mengenai perniagaan kasutnya itu kerana ianya masih dalam proses perlaksanaan.

- mD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan