Pelakon watak ariana rose, nur fathia nafi buat perangai di london


Hujung minggu yang lalu menerusi laporan hiburan Berita Harian, Nur Fathia diberitakan telah menunjukkan sikap kurang disenangi semua krew produksi drama Ariana Rose selepas kerap hadir lambat ke lokasi selain tidak menghafal skrip.

Laporan itu juga ada menyebut yang kelewatan & kegagalan Nur Fathia untuk menghafal ketika penggambaran episod akhir di London yang telah menyebabkan pasangan dalam drama tersebut, Keith Foo terpaksa menahan kesejukan akibat penggambaran berulang.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Nur Fathia menafikan semua dakwaan liar tersebut dengan berkata wujud perselisihan faham tentang jadual penggambaran kerana mereka semua duduk bilik berasingan selama lapan hari di sana.

“Dakwaan saya tidak berdisiplin dan buat hal di set penggambaran adalah tidak tepat dan tidak benar. Saya juga tidak pernah tidak menghafal skrip. Sebaliknya untuk memberikan yang terbaik, saya selalu akan melakukan latihan dua tiga kali,” kata Nur Fathia.

“Malah, ada juga berlaku salah faham berkenaan jadual penggambaran kerana kami tidak tinggal sebilik. Tiada istilah saya lambat sampai membiarkan Keith Foo dalam kesejukan”

“Mengikut kontrak sepanjang berada di sana, saya dibenarkan berehat selama tiga hari, tetapi kebanyakan masa rehat ditarik balik untuk menjalani penggambaran”

“Sehinggalah tiba hari terakhir, saya terpaksa bertegas untuk meluangkan masa bersama adik perempuan saya sebelum menghantarnya pulang ke Dublin. Lagipun, penggambaran untuk promosi drama Ariana Rose sudah dibuat pada malam sebelumnya,” tambahnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan