Sebagai seorang Muslim, penulis begitu tertarik dengan artikel terbaru dalam blog Karim Omar yang diterbitkan semalam berkaitan penyebaran agama Kristian di negara ini.
Menurut laman blog beliau akarimomar.wordpress.com, beberapa orang dilihat berkeliaran di kawasan Pinggiran USJ di Subang Jaya dipercayai Mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama itu dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dalam tulisannya, anggota sukarelawan pemantauan di sekitar kawasan itu berjaya menahan pasangan warga asing mungkin berasal dari Amerika Syarikat bersama seorang pemuda berbangsa cina.
Menurut sukarelawan, kumpulan ini dilihat menyebarkan risalah Kristian mereka dalam Bahasa Melayu tetapi membuat helah hanya memberikan risalah berkenaan kepada orang berbangsa Cina dan India.
Karim dalam penulisan itu turut mendesak pihak berkuasa yang berkenaan membuat tindakan segera perkara ini kerana ia telah melibatkan pula Mubaligh warga asing yang dilihat menyebarkan agama Kristian.
Penulis turut menyertakan sekali gambar mereka yang disiasat pasukan sukarelawan pemantauan di USJ ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan