Pejabat ahli parlimen seputeh dibaling dengan cat merah & bangkai ayam


Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, disimbah dengan cat merah dan bangkai seekor ayam diletak di hadapan pintu pejabatnya yang bertempat di Kuchai Entreprenuers dipercayai mempunyai kaitan dengan penerbitan video Onederful Malaysia CNY 2014 yang menjadi kontroversi baru-baru ini.



Kejadian yang berlaku pada 9.20 pagi tadi kini disiasat oleh pihak polis kerana ugutan jenayah, serangan jenayah dan menyebabkan bencana bagi mengesan mereka yang melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Teresa Kok sebelum itu mencetuskan kemarahan orang ramai berikutan dengan video 'Onederful Malaysia CNY 2014', memaparkan dirinya selaku pengacara program itu menemu ramah tetamu-tetamu yang mengeluarkan kata-kata sindiran antaranya terhadap pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.

Namun seperkara yang masyarakat melayu islam perlu tahu dan terima serta faham, bahawa di dalam video klip berkenaan sememangnya tiada satu ayat pun yang diungkap "Melayu Pergi Mati" oleh Teresa Kok.

Ini kerana ramai pengendali blog pro-pro kerajaan salah faham dengan erti 'ma lai sey ley ha" dimana maksud sebenarnya ialah "Kuda datang, sangat hebat". Jadi berhentilah menyebarkan fitnah kononnya ahli parlimen Seputeh itu menyuruh melayu pergi mati.

Masyarakat melayu memang sudah terbiasa mendengar 'ma lai' yang bermaksud Melayu. Juga tidak timbul pertikaian penggunaan dua bahasa iaitu mandarin dan kantonis dalam sebuah drama pendek kerana dalam drama melayu juga melakukan perkara yang sama.

Apa yang sepatutnya perlu dipertikaikan dalam video kontroversi tersebut adalah tindakan Teresa Kok menyentuh isu Lahad Datu dan 'Diamond' yang jelas sekali menyindir isteri perdana menteri, Rosmah Mansur.

Ini tidak bermaksud MMH menyebelahi Teresa Kok tetapi atas dasar ingin menerangkan hal sebenar dan mengelakkan bangsa melayu dari terus dikelirukan oleh pengendali blog pro kerajaan yang tidak faham bahasa mandarin/kantonis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan