Sebelum ini tersebarnya khabar angin mengenai aktres cantik Bollywood Preity Zinta yang dikatakan hampir muflis.
Bagaimanapun, menurut laporan Digitalspy.co.uk, Preity Zinta berang apabila mendapat tahu tentang perkara tersebut.
“Demi Tuhan, saya masih mampu menanggung perbelanjaan untuk diri sendiri tanpa sebarang masalah kewangan.
“Daripada mana cerita itu datang? Saya sangat kagum dengan cara kalian mencari berita tetapi sayangnya, ia seratus peratus salah.
“Gosip tersebut bukan bukan sahaja salah, malah sangat mengganggu ketika saya membacanya," ujar Preity dalam nada berang ketika ditanya Digitalspy.co.uk.
Sebelum ini, Preity dikatakan sanggup menyewakan unit kondominium mewahnya dan tinggal di rumah yang lebih murah selepas beberapa pihak datang meminta hutang.murai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan