Polis Subang Jaya Berkas Geng Pecah Rumah


UNIT Ronda Balai Polis Subang Jaya berjaya menahan tiga lelaki berusia antara 20 dan 24 tahun ketika mereka ditemui cuba memecah masuk sebuah rumah di USJ, Subang Jaya petang semalam.

Tangkapan itu berjaya dibuat hasil maklumat risikan dan juga hasil aduan orang awam serta jiran mangsa berkenaan perbuatan jenayah mereka, menurut satu laporan di laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign (MCAC).

Ketika insiden berlaku, pengadu telah menelefon polis selepas mendengar bunyi yang mencurigakan dipercayai datang dari rumah mangsa.

Bunyi itu dipercayai bunyi orang sedang memotong pintu jeriji besi dan juga beberapa kompnen penghawa dingin dileraikan.

Jiran mangsa tahu pada ketika itu, mangsa tidak berdada di rumah dan sepatutnya tiada apa-apa yang berlaku kerana tuan rumah tiada.

Ekoran bunyi itu, pengadu menghubungi Balai Polis Subang Jaya untuk mengambil tindakan.

Selepas itu, polis bersama dengan pengadu hadir memeriksa rumah itu. Ketika itu, tiga orang suspek sedang berada di dalam rumah namun tidak dapat dipastikan jumlah sebenar suspek.

Polis terpaksa memecahkan mangga rumah berkenaan dan masuk seterusnya memberkas ketiga-tiga orang suspek.

Hasil siasatan awal, seorang daripada suspek dikehendaki polis dalam satu kes berasingan di Sungai Way.

Kesemua suspek ditahan dan kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan