Cuepacs desak kerajaan naikkan gaji pokok kakitangan awam rm1,200



Kita tidak dapat menolak, desakan kenaikan kos sara hidup yang tinggi semakin kuat dirasai oleh golongan rakyat yang kurang berpendapatan tinggi. Tekanan ini lebih dirasai oleh golongan berpendapatan RM 3,000 dan ke bawah. Tidak terkecuali juga kepada kakitangan awam.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), turut merasai tekanan ini dan menyuarakan pandangan mereka. Terbaru, mereka mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Malaysia supaya menaikkan kadar gaji pokok minimum untuk kakitangan awam kepada RM 1,200 sebulan.

Presidennya, Azih Muda berkata, berdasarkan analisis CUEPACS, kos sara hidup yang semakin meningkat memberi tekanan kepada penjawat awam khususnya yang tinggal di bandar besar.

Beliau turut menggesa kerajaan untuk menyelaraskan Elaun Sara Hidup (COLA) kepada RM300 tidak mengira zon, dan Imbuhan Tetap Kerajaan pula diselaraskan kepada minimum RM250 sebulan, berbanding sekarang kurang dari RM100.

Apa pula pandangan kakitangan awam dengan desakan CUEPACS ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan