Mayat pelajar Unimas ditemui


KOTA SAMARAHAN - Mayat seorang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dikenali sebagai Siti Najwa Atikah Azhar, 19 yang dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu, ditemui terapung dalam anak sungai di kawasan kampus universiti berkenaan semalam dan dipercayai dibunuh.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Lee Chong Chern berkata, mayat mangsa yang merupakan pelajar semester satu itu ditemui oleh beberapa kakitangan Unimas kira-kira pukul 6 petang.

Siti Najwa merupakan pelajar semester pertama Fakulti Sains Sosial universiti itu dan berasal dari Pulau Pinang.Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan