Hisyam hamid ikut jejak langkah aaron aziz?
KL, 17 FEB 2014: Murai Batu pasti, mesti ramai yang sudah mengenali pelakon kacak dari Singapura, Hisyam Hamid. Mestilah ramai yang kenal sebab dia mula popular sejak membintangi drama siri popular di TV3 iaitu Ariana Rose.
Drama bersiri itu bagaimana pun sudah pun melabuhkan tirai menerusi episod akhirnya pada minggu lalu. Meskipun tidak diberikan watak utama, Murai Batu nampak impak pelakon ini kepada drama itu memberi kesan yang mendalam juga. Mungkin kerana rupa parasnya yang kacak.
Memang lah kacak, tapi Murai Batu dapat tahu ramai hati wanita di luar sana yang agak kecewa apabila jejaka ini rupanya dah berkahwin dan punya 2 orang anak.
Bila dengar dia sudah berkahwin dan punya anak, Murai Batu tiba-tiba terus teringatkan aktor Aaron Aziz yang kini sudah menapak dan berjaya mengembangkan kariernya di Malaysia.
Murai Batu dengar, Hisyam ni ada ciri-ciri hendak mengikut jejak langkah Aaron apabila menggunakan khidmat isterinya sebagai pengurus dan pembantu peribadinya. Yelah, macam Diyana ( isteri Aaron Aziz) yang menguruskan suaminya.
Murai Batu dengar, sebelum ini dia tidak pernah pula meminta isterinya untuk menjadi pengurus kerjayanya, tetapi bila di Malaysia sahaja dia berbuat demikian. Tapi bagi Murai Batu tak mengapalah, dan apa salahnya mengikut jejak langkah orang yang sudah berjaya.
Namun Murai Batu dapat tahu anaknya, masih tinggal dan bersekolah di Singapura. Hisyam dan isteri katanya terpaksa berulang alik jika perlu memenuhi tawaran lakonan disini.
Nak buat macam mana kan, mungkin itu pengorbanan yang harus dilakukan demi mencari rezeki untuk keluarga. Apa-apa pun, Murai Batu harap pendatang baru ini dapatlah mewarnai industri hiburan tempatan.Murai.com.my
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan