Pelachor gigit anggota polis untuk lepaskan diri
Ipoh – Dua anggota polis berdepan saat cemas apabila diserang dan cuba digigit sekumpulan pelachor warga Vietnam sebaik sebuah pusat hiburan di Bangunan Perdagangan Casuarina, di sini, diserbu, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.40 malam, anggota polis bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, membuat serbuan ke atas pusat hiburan itu dalam Ops Noda.
Sumber polis berkata, kumpulan wanita berusia 20-an itu pada mulanya cuba melarikan diri sebelum bertindak agresif sebaik menyedari premis berkenaan dikepung polis, lapor Hmetro.
“Beberapa wanita menerpa ke arah anggota polis sebelum mencakar tangan salah seorang dari anggota terbabit hingga luka, dan seorang lagi wanita cuba menggigit seorang lagi anggota polis namun sempat dihalang.
“Bagaimanapun, semua wanita itu berjaya ditahan,” kata sumber itu. - Harian Metro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan