Simon Cowell Dedah Nama Bayi Lelakinya


ERIC Selig Phillip Cowell. Itulah nama yang dipilih oleh penerbit rancangan TV terkenal, Simon Cowell untuk bayi lelakinya yang dilahirkan Jumaat lalu.

Nama tersebut dipilih bersempena nama ayahnya yang telah meninggal dunia pada tahun 1999.

Menurut sumber terdekat, kelahiran Eric begitu dinantikan oleh Simon dan kekasihnya, Lauren Silverman.

Simon juga dikatakan mengalirkan air mata kegembiraan sambil membisikkan kepada bayinya, “Saya menanti seumur hidup untuk kamu.”

“Eric sangat mengagumkan dan kacak. Simon berada di sebelah Lauren sepanjang masa dan memberitahunya bahawa ia adalah hari terbaik dalam hidupnya,” ujar sumber tersebut kepada akhbar The Sun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan