Zizan Tidak Lagi Rahsia Hubungan Cinta Dengan Emma


Terbaru, pelawak terkemuka tanah air tersebut bagaikan sudah memberi kepastian terhadap hubungannya dengan pelakon jelita, Emma Maembong, apabila telah memuatnaik sekeping lukisan kartun yang dipercayai dilukis oleh Emma sendiri.

Malah, lukisan comel lelaki dan wanita berpegangangan tangan itu juga disertakan dengan caption romantis yang membayangkan keindahan hubungan cinta mereka.

Ucapan ‘love u syg’ yang ditulis oleh Zizan di dalam caption tersebut juga jelas menunjukkan bahawa hubungan mereka kini sudah lebih serius daripada sekadar bergelar ‘kawan rapat’ seperti yang didakwa oleh mereka berdua sebelum ini.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan